Pages

Sunday, 21 December 2014

Apa itu TONSIL?

Assalammualaikum semua...

Harini myra nak share mengenai TONSIL.. bukan apa last week baby myra warded sebab TONSIL.. hurm bahaya kan tonsil ni..yesza bahaya kalau kita lambat merawat dan mencegah Tonsil ni..lebih teruk lagi Tonsil ni juga boleh berjangkit tau..

Okay jom kita baca sikit APA ITU TONSIL?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

4 Do & 4 Dont's when TONSIL

Yang tidak boleh ambil ketika TONSIL..
1. Makanan Panas
2. Makanan Pedas
3. Makanan Masam
4. Makanan Keras

PERLU ambil ketika TONSIL
1. Makanan Sejuk
2. Ais Krim
3. Minuman Ais
4. Makanan Lembut

Kredit to: http://drazwan.blogspot.com/2008/05/acute-tonsilitis-dan-perawatannya.html

Inspire, Educate, Add Value

Emyra Akhir | 0193707054
SID: 1173147
Shaklee Independent Distributor
facebook.com/vitaholic
emyra10@gmail.com

Monday, 1 December 2014

End Year PROMO!!

Assalammualaikum semua

Tu dia tajuk entry kali ni..Seiring dengan tajuknya 2014 bakal melabuhkan tirai dalam masa 30 hari lagi.. Jadi dalam masa 30 hari ni juga kita semua mesti rebut peluang dalam semua aspek.. Rebut peluang yang bagaimana ye? Rebut peluang di hujung tahun..Di hujung tahun ni kan terdapat banyak promosi..Tak kurang hebatnya dengan Promosi Hujung Tahun dari Produk kesihatan dan kecantikan Shaklee..

Mari kita lihat Apa PROMO December 2014 dari Shaklee..

WOW..WOW..WOW..super hebat..super mantap..kenapa saya katakan begitu?Inilah vitamin hebat untuk kecantikan.. untuk kecantikan wajah dan dalaman kita memerlukan banyak vitamin dalam badan. terutamanya vitamin E dan Vitamin C. Kedua-dua vitamin ini banyak fungsi yang diperlukan dalam tubuh badan kita terutama wajah.. Nak CANTIK?Nak KULIT GEBU?Nak KULIT LICIN?Nak Tumit KAKI Halus gitu..?Apa lagi pakat beli la kedua-dua vitamin ni. Belum habis lagi promo Shaklee bulan..ADA LAGI HEBAT..

Nak Lebih jimat..?tak mampu beli 6 sekali gus.. Ni dia.. Buy 2 get 5% off untuk kedua-dua produk vitamin hebat ni..

 Super Hebat Promosi bulan ni dari shaklee..Jangan lepaskan peluang kekawan..kakak-kakak..adik-adik..abang-abang.. bukan senang nak dapat promo seperti ini dari shaklee..bukan double promo lagi dah ni..ni lebih dari triple promo..tak tahu nak kata PROMO apa tah ni..JOM semua dapatkan vitamin hebat ni dari saya dan rakan-rakan shaklee distributor yang lain..

Banyak Kebaikan dari kedua vitamin promo bulan ini..NAK TAHU..jom PM saya..

Educate, Inspire, Add Value
Emyra | 0193707054
SID: 1173147

Tuesday, 25 November 2014

Penjagaan Rumah Super HEBAT

Assalammualaikum..

Hari ni myra nak share mengenai Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate.. based on tajuk kat atas tu..Basic H2 ni cleaning super hebat tau..Meh nak cerita mengerai Basic H2 punya kehebatan..

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Hebatkan Basic H2 Super Cleaning Concentrate ni.. Sebenarnya ada banyak lagi tau.. Nak tahu lebih lagi kebaikan Basic H2 di rumah dan untuk keluarga JOM PM myra ye..

Wit LoVe..
Emyra | 0193707054
SID: 1173147

Tuesday, 18 November 2014

ESP dan Kebaikannya

ESP Shaklee: Apa saya dapat dengan Shaklee [TESTIMONI]

Assalammualaikum and selamat malam..

Fuhh..lama sangat saya tak update blog ni..nasib belum ber sawang lagi..Maaf atas kekilafan saya sebab tak dapat update blog ni lebih seminggu atas sebab kesihatan..

Untuk apa saya ambil ESP?

Sepanjang tempoh hamil saya mengalami masalah HB rendah..setiap kali check up nurse dan doktor akan ceramah saya tentang HB dan keburukan.. Sampailah saya diperkenalkan dengan ESP Shaklee dari kenalan rapat..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, HB yang sebelumnya 9 - 11 jer dah jadi 13-14 sewaktu nak bersalin

Untuk menyusu ekslusif anak selepas bersalin

Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan anak secara ekslusif untuk 6 bulan pertama susu saya sepenuhnya. Sepanjang mengambil ESP, susu saya tidak pernah cair dan saya still bertenaga bekerja dan menyusukan anak saya yang dah nak masuk 1 tahun 9 bulan sekarang dan belum campur formula milk..saya ambil ESP bersama Alfalfa Complex sebagai milkbooster & sebagai tambahan untuk sicomel saya campurkan ESP bersama Mealshake.

Untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik
Lebih menarik adalah saya mempunyai masalah kulit kusam dan sepanjang proses kehamilan saya mempunyai banyak parut bersalin. ESP juga telah memudarkan segala parut dan kesan2 bekas jerawat serta merawat kulit kusam.

Bonus!! Dapat turunkan berat badan

Sebelum bersalin, berat saya 52kg..hari kedua selepas bersalin 47kg. Kemudian, sejak saya menyusu ekslusif, dan mengambil set menyusu ESP+ Alfalfa, tanpa sedar aje berat dah jadi 42kg selepas 4-5 bulan pengambilan..Semasa mengandung berat saya bertambah puluhan kali ganda..Alhamdulillah, sekarang saya dah dapat semula berat badan semasa anak2 dara gitu 38kg.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya merasai kebaikan ESP ni setelah mencubanya..Apapun, semuanya berlaku dengan izin Allah juga..ESP cuma asbabnya sahaja..jangan lupa tu!!

Nak dapatkan ESP Shaklee dan tip2 hebat tentang perlangsingan dan kecantikan.. Hubungi saya Sekarang!

Emyra | 0193707054 (Watsapp/Wechat/SMS)
Pengedar Sah Shaklee

Wednesday, 5 November 2014

Omega Guard

 Bismillahirrahmanirrahim..

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia, kerana diperbuat dari ekstrak ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Ikan-ikan ini diperolehi dari perairan Negara Jepun. Omega Guard Shaklee ini 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ini kerana sumbernya dari ikan asli bukan dari hati minyak ikan. Oleh kerana diperbuat dari sumber ikan yang terpilih, Omega Guard Shaklee memiliki tujuh jenis asid lemak Omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Terdapat banyak kebaikan Omega Guard Shaklee ini, antaranya adalah 30 kebaikan yang unggul:

1. mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
2. berfungsi melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
3. menghalang salur darah dari tersumbat
4. mencegah strok
5. mengawal tekanan darah pada kadar normal
6. mengurangkan ketegangan urat leher
7. merendahkan serangan sakit kepala
8. mengawal kolestrol dalam badan
9. mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
10. mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. menurunkan berat badan
12. mencegah masalah obesiti
13. risiko sakit jantung berkurangan
14. mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
15. membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
16. menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
17. menyihatkan paru-paru
18. meningkatkan kadar memori seseorang
19. mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
20. mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
21. memperbaiki masalah buah pinggang
22. menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
23. meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
24. meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
25. menyokong kesihatan sendi-sendi badan
26. mengelakkan penyakit gout
27. memperbaiki masalah autism
28. mengelakkan insomnia
29. mengawal emosi
30. memelihara kesihatan jantung

Sempena Promosi Bulan November Beli 6 PERCUMA 1. Bukan itu sahaja anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA beserta BONUS..Apa tunggu lagi..

Hubungi Sekarang!
Emyra
0193707054 [sms | watsapp]
FB page: Vitaholic

Kenali Punca Lumpuh/Strok

Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang sangat biasa berlaku sekarang. Ia berkaitan cara hidup tidak sihat masyarakat zaman sekarang.

Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget. Ia kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak.

Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untuk aktiviti kehidupan asas seperti mandi, bergerak, makan dan berpakaian.

Berdasarkan satu kajian dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology tahun ini, gaya hidup lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok.

Kajian menunjukkan lima faktor dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu pemakanan sihat, tidak merokok, aktif secara fizikal, meninggalkan minum alkohol dan mengawal berat badan.

Kajian menunjukkan sese­orang mengamalkan gaya hidup sihat mempunyai kadar risiko lebih rendah mendapat penyakit strok sehingga 54 peratus berbanding seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Kajian itu dibuat selama 10 tahun membabitkan 31,696 orang peserta berusia purata 60 tahun. Berdasarkan kajian ini, kita disaran mengamalkan gaya hidup sihat, malah kajian turut menunjukkan risiko mendapat strok menurun dengan setiap pertambahan kaedah gaya hidup sihat.

Bagi pesakit yang mengalami masalah strok, mengamalkan gaya hidup sihat akan mendapat faedah mengurangkan impak dan mening­kat peratusan pemulihan kepada lebih baik.

Beberapa langkah boleh kita amalkan untuk mencegah penyakit ini dan mengurangkan risiko mendapat strok berdasarkan saranan daripada laporan yang dikeluarkan dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada 1999.

1. Mengawal tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi risiko utama untuk mendapat strok. Kita perlu selalu memeriksa tekanan darah dan memastikan ia tidak tinggi dan terkawal. Pesakit darah tinggi perlu mendapat rawatan dan mematuhi arahan doktor dengan mengambil ubat yang dipriskripsi secara tetap.

2. Berhenti merokok

Merokok juga faktor risiko tinggi boleh menyebabkan penyakit strok. Merokok merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan berlaku penyumbatan saluran darah oleh plak kolesterol yang mendap pada dinding saluran darah di otak.

Merokok juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan saluran darah lebih mudah menjadi sempit.

3. Mengawal paras kolesterol

Paras kolesterol terlalu tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat akibat mendapan kolesterol pada dinding saluran darah. Kolesterol tinggi juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan lebih mudah tersumbat akibat darah beku yang akan menyebabkan penyakit strok.

4. Mengawal paras glukosa darah

Tinggalkan tabiat mengambil gula berlebihan menurunkan risiko mendapat strok. Pesakit diabetes didapati mempunyai risiko mendapat strok lebih tinggi berbanding orang lain. Pesakit diabetes perlu mengawal paras gula dengan baik mengikut arahan doktor dan me­ngambil ubat dengan betul.

5. Bersenam atau aktif secara fizikal

Seseorang tidak aktif secara fizikal berisiko mendapat masalah obesiti. Seseorang yang mengalami masalah itu mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pe­nyakit strok. Bersenam akan melancarkan perjalanan darah dan mengawal berat badan lebih baik selain menurunkan risiko mendapat penyakit strok secara terus.

Bagi pesakit strok, senaman secara fisioterapi penting untuk me­ngelak anggota menjadi keras dan kaku. Kajian juga menunjukkan senaman membantu mempercepat­kan pemulihan pesakit strok secara umumnya.

6. Makanan lebih sihat

Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok. Ia juga benar untuk pesakit yang diserang pe­nyakit ini.

Makan lebih banyak ikan juga membantu menurunkan risiko penyakit strok kerana ikan mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Pesakit strok juga didapati boleh pulih dengan lebih baik jika makan ikan secara tetap atau mengamalkan makanan tambahan Omega 3. Mengambil makanan tambahan vitamin dan mineral juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok.

7. Tidak minum alkohol

Minuman beralkohol diharam­kan dalam Islam. Ba­nyak kajian menunjukkan pe­ngambilan alkohol menyebabkan penyakit strok dan pelbagai pe­nyakit kronik lain. Meninggalkan tabiat minum arak akan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.

8. Degupan jantung yang betul

Degupan jantung tidak normal seperti masalah Atrial Fibrillation (AF) boleh mewujudkan masalah darah beku dalam jantung yang boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah dalam otak yang menjadi punca penyakit strok. Pesakit perlu mendapat rawatan tepat dengan doktor.

Dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan, kita akan menurunkan risiko mendapat serangan angin ahmar. Di samping itu, ia akan mencegah dan menurunkan risiko mendapat pe­nyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sakit jantung, insya-Allah.

Sumber: Sihat@Hmetro : Ahad, 19 Oktober 2014

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:00 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2696#sthash.2aP4PCQ4.dpuf

Tuesday, 28 October 2014

I'm Newbie..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum ouls..

Title entry cam baru sangat je kan kat dunia bloging ni..hehe.. Okay let's we start.. My name in Nur Safraa Amiraa Mohd Akhir.. But juz call me MYRA.. Actually Myra tak la baru sangat dalam dunia bloging ni cuma first time buat blog untuk sharing info bout kesihatan, kecantikan, kesuburan and beberapa tips penjagaan anak-anak.. 

Tentang tips penjagaan anak2 tu, myra bukan la da lama kawin or punya anak ramai.. cuma myra jenis suka baca info tentang kids ni..especially bout baby..Myra ni boleh di kategorikan sebagai YOUNGEST MOMMY jugakla.. So, banyak benda nak kena tahu tuk penjagaan baby ni.. Since baby Myra pun ada masalah Kulit Sensetif (Ecxema) bertambah kuat la mengGOOGLE and bertanya rakan2 yg nurse and Doktor wanna be also doktor2 pakar kulit ni.. Kira myra ni jenis banyak bergaul jgakla dngan orang2 yang pakar dengan kanak2 ni.. Seriously, baby ni dikategorikan sbg rumit atau perhatian lebih dalam penjagaan..hehe.. Opps! terlebih typing plak tuk first entry..hehe. Juz tuk memudahkan semua user or bloger luar sana kenal myra..

Myra juga Pengedar sah Shaklee di Seri Kembangan and Putrajaya tau.. So, kalau ada apa2 yang nak tanya tentang produk shaklee or info kesihatan tak perlu segan2 PM myra ye..

Emyra 
0193707054 [Watsapp | Wechat]